29 Mac 2012

PROGRAM BICARA ILMU
















SM. Cina, Lahad Datu, 29 Mac 2012: Program Bicara Ilmu anjuran MGB Daerah Lahad Datu telah diadakan yang dihadiri oleh semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran, daerah Lahad Datu. Program ini telah dirasmikan oleh wakil PPD Lahad Datu, Puan Junainah Lo (Timbalan PPDLD). Penceramah Khas ialah Encik Madaile B. Haji Basari (Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPNS) dan Encik Mohd. Zaini Hj. Yanin (Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNS)

09 September 2011

MESYUARAT MGB & MAJLIS PERPISAHAN PN. SANIYA

9 September 2011 ~ Cenderawasih, Felda Sahabat: Mesyuarat MGB Lahad Datu dan Majlis Perpisahan Pn Saniya Abdul Salam.










02 Julai 2011

HARI GURU PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU

Majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lahad Datu akan di adakan pada 16/7/2011 di Kolej Kini, Felda Sahabat, Lahad Datu. Majlis ini akan dikelolakan oleh sekolah-sekolah Zon Tungku.

Sementara itu  Majlis Makan Malam Hari Guru Peringkat Daerah Lahad Datu akan diadakan pada 13/7/2011, jam 7.00 malam, di Dewan Sekolah Menengah Cina, Lahad Datu. Majlis ini diberi nama 'Night Of The Knight' dikelolakan sepenuhnya oleh MGB Lahad Datu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu. Pelbagai ketagori anugerah untuk guru akan disampaikan pada malam tersebut.

23 Jun 2011

MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN CIKGU JARNI JUBIT

21 Jun 2011, SK. Tawaiyari, Lahad Datu:  Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu (MGBDLD) telah mengadakan majlis meraikan perpisahan Bersara Wajib Cikgu Jarni Jubit, Guru Besar SK. Tawaiyari. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Sektor Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Sabah, Encik Mohd. Zaini bin Yanin, dan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Umin bin Sadi.



 Bacaan doa selamat oleh Tuan Hj. Rajid Hj. Abd. Rashid

 Ucapan Alu-aluan Oleh YDP. MGBDLD, Encik Gimson Abdan


 Ucapan oleh PPD Lahad Datu, Encik Umin Sadi

 Ucapan oleh Ketua Sektor Unit Penilaian & Peperiksaan,
Encik Mohd. Zaini Yanin



 Ucapan oleh yang diraikan, Cikgu Jarni Jubit, Guru Besar SK. Tawaiyari

 Yang dirai, Cikgu Jarni memotong kek hari jadi dan hari 
perpisahan untuk beliau, diperhatikan oleh En. Mohd. Zaini,
En. Gimson dan En. Umin 



08 April 2011

Majlis Jasamu DiKenang: En. Mohd. Zaini Yanin, Mantan PPDLD






6 April 2011, MGB Daerah Lahad Datu, mengadakan Majlis Jasamu Dikenang untuk Encik Mohd. Zaini Yanin, mantan PPD Lahad Datu, yang akan bertukar naik pangkat ke Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, sebagai Ketua Sektor Unit Peperiksaan dan Penilaian.

03 Oktober 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

2 Oktober 2010, Dewan SJK ( C ) Siew Ching Lahad Datu:  Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Peringkat Daerah Lahad Datu dan Daerah Kinabatangan. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Haji Zulkifly bin Mohd. Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.