31 Januari 2010

Lawatan MGBDLD Ke Kota Kinabalu

Pada 28 - 30 Januari 2010, Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu (MGBDLD) telah mengadakan lawatan (Perkongsian Ilmu) ke Kota Kinabalu.


Perjalanan pergi-balik ke Kota Kinabalu ialah menggunakan bas SM. Teknik, Lahad Datu.


Dua buah sekolah yang berprestasi baik di Kota Kinabalu telah dilawati iaitu SK. Tansau dan SM. La Salle.


Disamping itu MGBDLD juga telah mengadakan Mesyuarat Agungnya bagi Penggal 2010-2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Kota Belud, Kompleks Tabung Haji. Dalam mesyuarat agung tersebut senarai AJK lama telah dikekalkan, kecuali sedikit rombakan kecil.


Turut diadakan ialah Perkongsian Ilmu bersama Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Y.Bhg. Tuan Haji Muhiddin bin Yusin. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Yanin.
PPD Lahad Datu (kanan sekali), En. Mohd. Zaini, turut sama menaiki bas bersama rombongan MGBDLD.
Ahli MGBDLD bergambar kenangan bersama Pengarah Pelajaran Sabah (6 kiri) dan PPD Lahad Datu (5 kiri).

Y.Bgh. Tuan Hj. Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah, memberi ucap utama. Di kanan beliau, PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini, dan di kiri beliau ialah YDP MGBDLD, En. Gimson...


Turut berucap, PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini Yanin.



Ucapan alu-aluan oleh YDP MGBDLD, En. Gimson.



Bergambar ramai semasa lawatan ke SM. La Salle



Pintu masuk ke SM. La Salle


Mini auditorium SM. La Salle





Di SK. Tansau. Berkemeja putih (5 kiri) ialah Guru Besar SK. Tansau, En. Alhazmi.



NOTA: Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar www.friendster.com/arsanialam
untuk lihat klip video klik di sini www.youtube.com/arsani2alam

24 Januari 2010

Malam Budimu Disemai, Jasamu Dituai

24 Januari 2010, bertempat di Hotel De Leon Lahad Datu, satu majlis yang dinamakan "Malam Budimu DiSemai, Jasamu Dituai" yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, telah diadakan sebagai meraikan persaraan mantan Pengarah Pelajaran Sabah, Y. Bhg. Datuk Normah binti Gagoh. Bergambar ramai bersama Datuk Normah

Penyampaian cendera-kenangan oleh PPD Lahad Datu, En. Zaini kepada Datuk Normah


Datuk Normah memotong kek persaraan








Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian.





19 Januari 2010

Lawatan MGBDLD Ke SK. Sri Pantai

19 Januari 2010 (Selasa): Satu rombongan ahli Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu (MGBDLD) telah mengunjungi SK. Sri Pantai sebagai tanda simpati dan prihatin MGBDLD di atas musibah (kebakaran) yang telah berlaku kepada bangunan asrama dan beberapa buah rumah guru sekolah berkenaan pada 8 Januari lalu.


Derma/sumbangan yang berupa barangan dan sedikit wang tunai telah disampaikan oleh YDP MGBDLD, Encik Gimson Abdan, kepada Guru Besar SK. Sri Pantai, Tuan Hj. Rajid bin Hj. Abdul Rashid dalam satu majlis ringkas di Bilik Gerakan sekolah berkenaan.


Turut hadir dalam majlis berkenaan beberapa orang guru sekolah tersebut dan beberapa orang guru besar dan wakil guru besar.

Musnah....Tinggal tapak bangunan asrama SK. Sri Pantai.


13 Januari 2010

Asrama SK Sri Pantai Terbakar

8 Januari 2010 (Jumaat), lebih kurang jam 2 petang, keseluruhan asrama SK. Sri Pantai Lahad Datu dan 3 buah rumah guru musnah sama sekali dalam satu kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas, mengakibatkan beberapa orang guru dan semua murid penghuni asrama, tinggal sehelai sepinggang. Mujurlah dalam kejadian itu tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa.

Sehubungan dengan itu PPD Lahad Datu, melalui surat Ruj: PPD(LD)/500/4/1/(01) bertarikh 11 Januari 2010, memohon jasa baik semua warga pendidik di daerah Lahad Datu agar dapat memberikan sumbangan/derma ikhlas bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kesemua mangsa berkenaan.

Sumbangan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2010 kepada:
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.
(U.P: Cik Ramlah binti Tumiran)

Lawatan Perkongsian Ilmu & Mesyuarat Agung MGBDLD

Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu telah merancang, dan dijadualkan akan mengadakan lawatan, dan sekali gus akan mengadakan Mesyuarat Agung di Kota Kinabalu pada ketetapan berikut:
  • Tarikh: 28 - 31 Januari 2010
  • Tempat: Beberapa buah sekolah yang telah ditetapkan & Jabatan Pelajaran Negeri.
  • Nota: 28/1/2010 jam 8.00 pagi berkumpul di PPD Lahad Datu - taklimat, jam 9.00 pagi dijangka bertolak ke KK. 31 Januari dijangka balik ke Lahad Datu.

11 Januari 2010

Laman Blog Rasmi MGB Lahad Datu

SELAMAT DATANG
LAMAN BLOG RASMI
MAJLIS GURU BESAR DAERAH LAHAD DATU
SABAH
Buat pertama kali dalam mesyuarat "Majlis" yang diadakan pada hari ini (12.01.2010) bertempat di SK. Sepagaya - dalam agenda "Hal-hal Lain", telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah laman blog - Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu (MGBDLD), sebagai wadah menyebar-luas dengan cepat dan pantas sebarang maklumat MGBDLD.
Untuk menyegerakan laman blog ini wujud jadi kenyataan, maka hari ini juga laman blog ini dibina dan menerbitkan artikelnya yang pertama ini dalam keadaan permukaan laman yang masih belum kemaskini. Insya-Allah, ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berikut di bawah ini ialah gambar-gambar pertama diterbitkan, semasa mesyuarat yang berlangsung di SK. Sepagaya itu.

Sebahagian pemandangan di SK. Sepagaya.

Bangunan Makmal Komputer SK. Sepagaya, tempat berlangsung mesyuarat.









4 orang kuat MGBDLD:
Dari Kiri: En. Gimson (YDP), En. Tan (NYDP), En. Rajak (S/U) dan Pn Siew (Bendahari)