31 Januari 2010

Lawatan MGBDLD Ke Kota Kinabalu

Pada 28 - 30 Januari 2010, Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu (MGBDLD) telah mengadakan lawatan (Perkongsian Ilmu) ke Kota Kinabalu.


Perjalanan pergi-balik ke Kota Kinabalu ialah menggunakan bas SM. Teknik, Lahad Datu.


Dua buah sekolah yang berprestasi baik di Kota Kinabalu telah dilawati iaitu SK. Tansau dan SM. La Salle.


Disamping itu MGBDLD juga telah mengadakan Mesyuarat Agungnya bagi Penggal 2010-2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Kota Belud, Kompleks Tabung Haji. Dalam mesyuarat agung tersebut senarai AJK lama telah dikekalkan, kecuali sedikit rombakan kecil.


Turut diadakan ialah Perkongsian Ilmu bersama Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Y.Bhg. Tuan Haji Muhiddin bin Yusin. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini Yanin.
PPD Lahad Datu (kanan sekali), En. Mohd. Zaini, turut sama menaiki bas bersama rombongan MGBDLD.
Ahli MGBDLD bergambar kenangan bersama Pengarah Pelajaran Sabah (6 kiri) dan PPD Lahad Datu (5 kiri).

Y.Bgh. Tuan Hj. Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah, memberi ucap utama. Di kanan beliau, PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini, dan di kiri beliau ialah YDP MGBDLD, En. Gimson...


Turut berucap, PPD Lahad Datu, En. Mohd. Zaini Yanin.



Ucapan alu-aluan oleh YDP MGBDLD, En. Gimson.



Bergambar ramai semasa lawatan ke SM. La Salle



Pintu masuk ke SM. La Salle


Mini auditorium SM. La Salle





Di SK. Tansau. Berkemeja putih (5 kiri) ialah Guru Besar SK. Tansau, En. Alhazmi.



NOTA: Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar www.friendster.com/arsanialam
untuk lihat klip video klik di sini www.youtube.com/arsani2alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan