03 Oktober 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

2 Oktober 2010, Dewan SJK ( C ) Siew Ching Lahad Datu:  Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Peringkat Daerah Lahad Datu dan Daerah Kinabatangan. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Haji Zulkifly bin Mohd. Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.





















05 Ogos 2010

KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK ANJURAN IAB

3 - 5 Ogos, 2010/Pusat Kegiatan Guru: Kursus Pengurusan Strategik telah dihadiri oleh seramai 30 orang Guru Besar dan Penolong Kanan  Pentadbiran.

Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Timbalan PPD Lahad Datu, Puan Junainah Lo.






26 Julai 2010

PESTA PSKPPS PERINGKAT ZON DAERAH LAHAD DATU 2010

Mesyuarat Agung PSKPPS Peringkat Daerah Lahad Datu yang telah berlangsung pada 27 Julai 2010 telah  menetapkan seperti berikut:

  • Tarikh Pesta:    25 - 27 September 2010.
  • Pengelola:    Zon Tungku.
  • Yuran/orang:   RM6.00 (Negeri) dan RM4.00 (Zon)  -  Dibayar selepas gaji Ogos.

27 Mei 2010

HARI WESAK, PESTA MENUAI & PESTA GAWAI

Salam 1 Malaysia!
Selamat Menyambut Hari Wesak, Pesta Menuai dan Pesta Gawai untuk semua rakan, di mana saja anda berada...

21 Mei 2010

MESYUARAT MGB

Semua Guru Besar SK/SJK Daerah Lahad Datu dijemput hadir ke mesyuarat seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh:  24 Mei 2010 (Isnin)
  • Masa:    10.00 pagi.
  • Tempat:  SJK. ( C ) Siew Ching, Lahad Datu.
  • Agenda:  Membincangkan tentang lawatan ke Semenanjung Malaysia.
(NOTA:  Perjumpaan MGBDLD di SK. Bukit Balacon pada 21 Mei 2010 jam 9.00 pagi, ada kaitannya)

13 Mei 2010

TERIMA KASIH CIKGU!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
16 Mei 2010

03 Mei 2010

Majlis Penutupan Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga, Lahad Datu.

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga Daerah Lahad Datu telah diadakan di SK. Pekan dan SJK. ( C ) Chee Vun, yang bermula pada 28 April hingga 2 Mei 2010.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yg Bhg. Tuan Dr. Hj. Muhiddin Bin Hj. Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, di Dewan SJK. ( C ) Chee Vun.

Turut hadir di majlis penutupan ini ialah YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam; Pengarah CETREE Malaysia, Prof. Haslan Abu Hassan; Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Puan Zuriah Binti Zulkifli;  En. Juraimin Hj. Jadil, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu; En. Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Lahad Datu; Pengetua/Guru Besar, guru-guru dan para pelajar sekitar daerah Lahad Datu.

Sepanjang tempoh 4 hari karnival berlangsung, dianggar 10 pengunjung telah hadir ke tapak karnival berkenaan.
Dr. Hj. Muhiddin (baju batik) tekun memerhati sesuatu di tapak pameran. Di belakang beliau, YB. Hj. Salleh (baju putih) dan Tuan Hj. Samad Matusin turut gembira di pameran tersebut. Terlindung (kanan), En. Mohd. Zaini Yanin (PPD Lahad Datu)dan En. Gimson Abdan, YDP MGBLD (kiri)


Bergambar ramai dengan para pemenang pertandingan.


            Ucapan Perasmian Penutupan,  Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Hj. Muhiddin Hj. Yusin.


Prof. Haslan Abu Hassan, Pengarah CETREE Malaysia.


Puan Zuriah binti Zulkifli, Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah.


YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188-Silam.


Ucapan alu-aluan, En. Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Lahad Datu.


Baris depan dari kiri: Prof. Haslan Abu Hassan, En. Mohd. Zaini Yanin, Dr. Hj. Muhiddin Hj. Yusin, YB. Hj. Salleh Kalbi, Puan Zuriah Zulkifli dan En. Juraimin Hj. Jadil.


Alatan berasaskan tenaga suria, dari kiri: Ketuhar Suria, Pengering Suria, Pemanas Air Suria, Dapur Suria Pemantul Parabolik dan Penyuling Air Suria.


Ketibaan ke Dewan SJK ( C ) Chee Vun, untuk Majlis Perasmian Penutupan.



Tapak pameran


Para pelajar mengambil peluang bergambar dekat pakaian angkasan yang dipamerkan.


Sebahagian daripada pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Hj. Muhiddin Yusin, diperhatikan oleh En. Mohd. Zaini Yanin, PPD Lahad Datu.



Majlis makan selepas selesai acara perasmian penutupan.Dari kiri: En. Gimson Abdan, En. Juraimin Hj. Jadil, En. Mohd. Zaini Yanin, Puan Zuriah Zulkifli dan.......(maaf, tak tahu nama)

Teropong matahari dan teropong bintang (tiada dalam gambar ini) antara yang paling menarik perhatian para pengunjung.