30 April 2010

HARI PEKERJA 2010

Selamat Hari Pekerja kepada semua tenaga kerja di mana saja berada.

28 April 2010

Persiapan Menjelang Karnival Pendidikan Sains Dan Kecekapan Tenaga

28 April 2010, menjelang sehari Karnival Pendidikan Sains dan Kecekapan Tenaga, persiapan akhir semakin rancak di tapak karnival ini  -  SK. Pekan Lahad Datu.
Kain rentang Welcome mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Van Teknologi Hijau USM Pulau Pinang mencuri tumpuan
Kenderaan Pameran Sains Bergerak dari Jabatan Ketua Menteri Sabah, turut mengambil bahagian.

Pemandangan Tapak Karnival

26 April 2010

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga - Lahad Datu 2010

Buat julung kalinya daerah Lahad Datu akan menjadi tuan rumah Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga pada ketetapan seperti berikut:
  • Tarikh: 29 April  -  02 Mei 2010.
  • Tempat: SK. Pekan dan SJK ( C ) Chee Vun.
  • Anjuran: Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, CETREE dan Unit Sains Dan Teknologi (Jabatan Ketua Menteri Sabah).
  • Dirasmikan Oleh: Y. Bhg. Tuan Dr. Hj. Mohidin Bin Hj. Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah.
Antara Pengisian Sepanjang Tempoh Karnival:
  1. Pameran
  2.  Pertandingan membina Solar Car, Solar Boat dan Portable Cooking With Nature.
  3. Demonstrasi Sains  -  Pusat Sains Negara dan PETROSAINS
  4. Pembinaan Beach House.
  5. Memerhati (pencerapan) bintang pada waktu malam.
  6. Seminar.
Semua warga sekolah/pendidikan Daerah Lahad Datu adalah dipelawa hadir ke karnival berkenaan. Untuk warga sekolah Lahad Datu, adalah digalakkan hadir mengikut jadual giliran yang telah diedarkan ke sekolah masing-masing.

Orang awam juga adalah dipelawa hadir menyaksikan karnival ini.

22 April 2010

Mesyuarat MGB. Daerah Lahad Datu

Kepada:
Semua Guru Besar,
SK & SJK ( C ) Lahad Datu.

Tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh:  26 April 2010 (Isnin)
  • Masa:   jam 9.00 pagi.
  • Tempat:  SK. Lahad Datu III
  • Nota:  Perubahan tarikh ini telah dimaklumkan oleh YDP MGBDLD semasa Mesyuarat Hari Guru di SK. Pekan pada 22 April lalu.

Mesyuarat JK. Pengelola Pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010

En. Mohd. Zaini sedang mempengerusikan mesyuarat

Sebahagian daripada AJK. yang hadir mesyuarat.


22 April 2010, SK. Pekan, Lahad Datu:
Mesyuarat kali yang ke-4 ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Encik Mohd. Zaini bin Yanin.
Pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Tahun 2010 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman, pada 3 Jun 2010, bertempat di Dewan Sri Perdana Lahad Datu.

05 April 2010

Jerayawara Pengarah Pelajaran Negeri Sabah 2010

5 April 2010, jam 8.00 pagi, bertempat di Dewan SJK. ( C ) Siew Ching, Lahad Datu: Program Jerayawara Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Y. Bhg. Tuan Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin, ke Lahad Datu.

Ini adalah merupakan sebahagian daripada program jelajah ke seluruh negeri Sabah oleh Pengarah Pelajaran Sabah.














NOTA:
Jerayawara bermaksud: Persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau kumpulan orang (penyanyi, ahli politik dan sebagainya) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang rmai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya: Persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri - yang meliputi seminar dan pameran.