03 Mei 2010

Majlis Penutupan Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga, Lahad Datu.

Karnival Pendidikan Sains, Teknologi Dan Kecekapan Tenaga Daerah Lahad Datu telah diadakan di SK. Pekan dan SJK. ( C ) Chee Vun, yang bermula pada 28 April hingga 2 Mei 2010.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yg Bhg. Tuan Dr. Hj. Muhiddin Bin Hj. Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, di Dewan SJK. ( C ) Chee Vun.

Turut hadir di majlis penutupan ini ialah YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam; Pengarah CETREE Malaysia, Prof. Haslan Abu Hassan; Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Puan Zuriah Binti Zulkifli;  En. Juraimin Hj. Jadil, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu; En. Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Lahad Datu; Pengetua/Guru Besar, guru-guru dan para pelajar sekitar daerah Lahad Datu.

Sepanjang tempoh 4 hari karnival berlangsung, dianggar 10 pengunjung telah hadir ke tapak karnival berkenaan.
Dr. Hj. Muhiddin (baju batik) tekun memerhati sesuatu di tapak pameran. Di belakang beliau, YB. Hj. Salleh (baju putih) dan Tuan Hj. Samad Matusin turut gembira di pameran tersebut. Terlindung (kanan), En. Mohd. Zaini Yanin (PPD Lahad Datu)dan En. Gimson Abdan, YDP MGBLD (kiri)


Bergambar ramai dengan para pemenang pertandingan.


            Ucapan Perasmian Penutupan,  Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Hj. Muhiddin Hj. Yusin.


Prof. Haslan Abu Hassan, Pengarah CETREE Malaysia.


Puan Zuriah binti Zulkifli, Timbalan Pengarah Unit Sains dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah.


YB. Tuan Hj. Salleh Kalbi, Ahli Parlimen P188-Silam.


Ucapan alu-aluan, En. Mohd. Zaini Yanin, Pegawai Pelajaran Lahad Datu.


Baris depan dari kiri: Prof. Haslan Abu Hassan, En. Mohd. Zaini Yanin, Dr. Hj. Muhiddin Hj. Yusin, YB. Hj. Salleh Kalbi, Puan Zuriah Zulkifli dan En. Juraimin Hj. Jadil.


Alatan berasaskan tenaga suria, dari kiri: Ketuhar Suria, Pengering Suria, Pemanas Air Suria, Dapur Suria Pemantul Parabolik dan Penyuling Air Suria.


Ketibaan ke Dewan SJK ( C ) Chee Vun, untuk Majlis Perasmian Penutupan.



Tapak pameran


Para pelajar mengambil peluang bergambar dekat pakaian angkasan yang dipamerkan.


Sebahagian daripada pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Hj. Muhiddin Yusin, diperhatikan oleh En. Mohd. Zaini Yanin, PPD Lahad Datu.



Majlis makan selepas selesai acara perasmian penutupan.Dari kiri: En. Gimson Abdan, En. Juraimin Hj. Jadil, En. Mohd. Zaini Yanin, Puan Zuriah Zulkifli dan.......(maaf, tak tahu nama)

Teropong matahari dan teropong bintang (tiada dalam gambar ini) antara yang paling menarik perhatian para pengunjung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan