13 Januari 2010

Asrama SK Sri Pantai Terbakar

8 Januari 2010 (Jumaat), lebih kurang jam 2 petang, keseluruhan asrama SK. Sri Pantai Lahad Datu dan 3 buah rumah guru musnah sama sekali dalam satu kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas, mengakibatkan beberapa orang guru dan semua murid penghuni asrama, tinggal sehelai sepinggang. Mujurlah dalam kejadian itu tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa.

Sehubungan dengan itu PPD Lahad Datu, melalui surat Ruj: PPD(LD)/500/4/1/(01) bertarikh 11 Januari 2010, memohon jasa baik semua warga pendidik di daerah Lahad Datu agar dapat memberikan sumbangan/derma ikhlas bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kesemua mangsa berkenaan.

Sumbangan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2010 kepada:
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.
(U.P: Cik Ramlah binti Tumiran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan